kek marble

cubaan memasak lagi.. kali ni kita cuba masak kek. dah lama sangat rasanya x masak kek. last pun tahun lepas, buat kek karot... huhu..

kali ni kita cuba masak kek marble.. resipi pun google juga nih.. time kasih pada penyumbang resipi, Kek Marble Fiza's Cooking - resipi awak sangat2 membantu..

kali ni aku akan bagi resipi ikut cara aku lah ye.. sebab ada bahan yang tak ada..

sebelum tu, meh layan gambo dulu..


 ini kek marble yang dah siap dilayer2 kan.. konon nak tiru org lain nyer skill la ni.. hehe..



 penonton dan pemakan yang setia.. x sabar2 nak makan dah ni.. silap loyang kek tu besar sangat lah, x gebu kek tu jadi nya.. huhu..



maafkan lah kejadian kek yang super rangup kat tepi2 kek tu.. huhu..



 start masak kol 10++ pm, selesai masak dan boleh potong jam 12 am, yang x menahan, hayat leh pulak tak tido masa tu - nak makan kek jugak. ishh.. layankan je lah.. tu yang potong kek macam hilang kawalan tu.. hehe..


resipi kek marble my style:
250gram butter/marjerin
1 1/2 cawan gula pasir/castor
2 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
100ml susu segar
1 sudu besar serbuk koko
 
cara2nya;
1. mix butter/marjerin dengan gula sehingga kembang dan gebu
2. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati dan kembang
3. masukkan esen vanilla dan baking powder
4. setelah sebati, masukkan tepung berselang-seli dengan susu sedikit demi sedikit dan teruskan mix lagi
5. setelah adunan siap, bahagi 2 - satu adunan campurkan serbuk koko.
6. masukkan adunan dalam loyang kek yang telah disapu dengan marjerin/baking paper secara berselang seli. mula2 masukkan adunan plain - coklat - plain - coklat.. sehingga habis
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 45minit - 1 jam, 175C

siap..!!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...